Monday 15 October 2012

Celebrity Look A Like ;)

Hello Hello my lovely readers! Hari ini Sophia discover satu app baru dalam iPad Sophia! and the app is called My Celebrity! Kita kene letak gambar kita dan app nie akan tunjuk mana satu celebrity yang mirip dengan muka kita. Dannnnnnnnnnn, Sophia dapat mirip muka Dato Siti Nurhaliza!!!!!! :o Sangat tak sangkaaaaaaa. Wah, bangga sekejap lol. To all my readers, download app ini dan cuba. Kamu boleh share dengan saya jugak ye! comment below klau nak tunjuk saya Celebrity look a like anda. Have Fun ;) Love love love, Sophia XO

Dancing for Dato Siti Nurhaliza!

Hello everyone! Sophia hari ini nak share video Sophia jumpa di youtube masa Sophia back up dance Dato Siti pada english album launch Dato Siti. Sophia suka berkerja dengan Dato Siti because she is so humble and she have a great personality! Dan yang paling penting, Dato Siti ingat Sophia pernah back up dia. Allhamdulilah. hehe. So i hope you guys enjoy the video. Take care! Love love love, Sophia XO ;)

Anugerah Blockbuster 2012

Salam semua! Maaf sangat Sophia dah lama tak blog. Sophia memang busy sangat dengan kuliah dan juga dance shows. Baru-baru nie Sophia bersama funky fresh team telah menjayakan Anugerah Blokbuster pada 6 Oktober 2012. Sophia dan juga rakan-rakan dancer lain adalah penari untuk semua persembahan di Anugerah Blokbuster termasuk Dato Siti. So di bawah adalah full show Anugerah Blokbuster untuk semua readers saya enjoy! Take care everyone. Love love love XOXO :)

Monday 17 September 2012

Selamat Hari Raya!!

Hi semua. Keluarga Sophia telah membuat open house raya semalam dan Sophia nak share gambar Sophia dengan all my readers. Sebelum sebulan puasa tamat, Sophia ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin pada semua di luar sana. Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa ye :) Tahun nie Sophia punya baju raya berwarna cream dan pink. Kampung Sophia di Ipoh, Perak dan Sophia beraya di sana pada raya pertama dan kedua. I'm an Ipoh Mali Girl!! lol Okay harap raya anda semua sungguh menarik dan best. Take care everyone. Love love love, Sophia XOXO

Tips of the Day!

Sophia hanya mengunakan eyelash curler yang Sophia panaskan guna hair dryer dan simplysiti mascara + blusher :) XOXO
Salam semua Sophia minggu nie sibuk dengan kuliah dan kerja-kerja assignment lecturer bagi -_-" Sekarang baru sempat nak blog. Tapi jangan risau, Sophia akan make sure Sophia blog jugak okay? :) okay hari nie Sophia ada tips of the day yang Sophia rasa sangat menarik Sophia nak share dengan my readers. Nak tau macam mana nak dapat bulu mata yang sangat lentik? haaa Sophia ada satu trick nak ajar my readers. Okay mesti semua wanita di luar sana ada eyelash curler kan? Dengan mengunakan eyelash curler tak selalunya bulu mata kita maintain lentik sepanjang hari. Jadi rahsia Sophia apabila mengunakan eyelash curler, Sophia akan panaskan eyelash curler dengan mengunakan hair dryer atau letakkan eyelash curler dalam air panas untuk beberapa saat. Dengan memanaskan eyelash curler, kita boleh dapat keputusan bulu mata yang sangat lentik, natural dan tahan sepanjang hari. Ianya seperti kita mengunakan iron rambut atau curler rambut dengan memanaskan iron atau curler akan mendapat keputusan yang lebih perfect. Sophia suka apabila bulu mata sophia lentik dan panjang. Bagi Sophia, bulu mata adalah satu X Factor bagi seseorang wanita. Okay love, jangan lupa cuba tips of the day ye. Good Luck. Love love love, Sophia XOXO ;)

Sunday 9 September 2012

Tips of The Day!

Salam semua! Sophia ada satu tips yang Sophia baru discover yang akan menolong menjaga bulu mata kita. Bulu mata adalah satu X-Factor Sophia rasa bagi seseorang wanita. Ia memainkan peranan yang besar kepada mata kita. Cara untuk menjaga bulu mata kita adalah dengan mengunakan Extra Virgin Olive Oil. Apabila kita nak remove makeup di mata, boleh gunakan Extra Virign Olive Oil dan ini akan menolong moisturize bulu mata kita. Selepas mengunakan Extra Virgin Olive Oil beberapa kali, anda akan melihat keputusan yang memuaskan dan apabila mengunakan mascara Simplysiti, bulu mata akan nampak lebih panjang, lebat dan sihat. Pertolongan Extra Virgin Olive Oil dan mascara Simplysiti akan membuat bulu mata anda kelihatan lebih menawan. Selamat mencuba! Love love love, Sophia XOXO

Monday 3 September 2012

Allhamdulilah!

Salam semua! Hari ini Sophia baru saje nampak advertisement Sophia buat untuk Mc Donald latest GCB burger! Nampak advert nie memang buat Sophia tersenyum satu hari. Allhamdulilah, syukur Sophia rasa dapat rezeki dari Allah SWT. Sophia memang suka buat kerja modelling untuk iklan as my part time job. Kadang-kadang rezeki dari keje part time modelling nie, Sophia ada sikit duit untuk diri sendiri dan menolong keluarga Sophia. Saje nak kongsi kegembiraan Sophia dengan my readers. Take care everyone. Love love love, Sophia XOXO :)